Friday, March 16, 2012

Tuesday, November 29, 2011

Tahniah FKEE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Setinggi-tinggi pernghargaan diucapkan kepada semua warga atlet FKEE yang telah bertungkus lumus dalam mengejar kejuaraan sepanjang minggu Sukan Fakulti (Sukfac). Tanpa kita semua sedari, mereka semua telah membawa pulang trofi JUARA setelah dinobatkan johan keseluruhan ketika Sukfac......

Berkat dan doa semua warga FKEE telah membuahkan hasil dan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah membantu dan memberi sokongan kepada atlet-atlet FKEE dalam menggapai kejuaraan yang penuh bermakna........

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ayuh semua kawan-kawan kita bangun dan bangkit serta mempertahankan kejuaran yang dicapai ini dengan bersungguh-sungguh....

Tahniah diucapkan kepada semua........FKEE is the best......hehe.....better than others.........


Friday, November 18, 2011

PROGRAM DISKUSI ILMIAH .

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 UMP
Pihak EEES UMP dengan kerjasama FKEE akan mengadakan PROGRAM DISKUSI ILMIAH untuk semua mahasiswa/i Kampus Pekan.

Tarikh : 23 November 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.45pm - 10.45pm
Lokasi : Dewan Kuliah FKEE (DK1)

Semua mahasiswa/i dijemput hadir dan markah MERIT akan diberikan kepada peserta yang terlibat.

*Tahun 1 pengiraan merit aktiviti 40% akademik 60%,
Tahun 2 dan 3 pengiraan merit aktiviti 50% akademik 50%

Rasulullah s.a.w bersabda : "Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga."

Saya yang menjalankan tugas ,
Ahmad Fadzil Bin Rosly ,
AJK Publisiti Program Diskusi Ilmiah.

Tuesday, October 18, 2011

program SEMERAH GINCU DIBIBIR











SEMERAH GINCU DIBIBIR"

HARI: Khamis
TARIKH: 20 Oktober 2011
TEMPAT: UMP Pekan ( Antara Blok A,B dan C)
MASA: 6.30 Ptg-11.00 Mlm
PANEL: Catriona Ros, Ustazah Safiyyah, Ustazah Husna (Moderator)
TAJUK: Soal wanita~~

*Merit disediakan bagi yang hadir~
*Iftar percuma buat warga Pekan, 100 org pertama yg mendaftarkan diri~
*Bas disediakan bg mahasiswa dari Gambang dan UMP@City (Bertolak jam 7.30Mlm)
3 bas dari gambang (Naik di Bus Stop UMP)
1 bas dari UMP@City (Naik di tempat biasa bas UMP ambil pljar)

jom ramai2 memeriahkan lagi majlis ni...
tak jauh pun.. dekat ja...

senyum selalu.. :)

Wednesday, October 12, 2011

pengenalan entry BIRO DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN INSAN 2011/2012

assalamualaikum n salam sejahtera to all pembaca blog eees ni...
harap semua dalam keadaan sihat sejahtera la hendak nya.... :)
entry kali ni nak bgtau kat korg semua tentang entry2 seterusnya dari BIRO DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN INSAN 2011/2012..
entry2 dari biro ni tak la berunsurkn disiplin n pembangunan insan ja..
tapi merangkumi pelbagai aspek..
n of course semua entry2 ni akn berkaitan dengan kehidupan kita sebagai seorang remaja n student..

so, marilah kita sama-sama membaca dan mengamalkan segala nasihat, peringatan dan panduan yang akan di post dlm blog ni...

that's all..
senyum selalu :)


SUKA SUKI

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Terima kasih kerana berkawan ngan blok ini......hehe,,,,,,,harap kita semua dapat mengeratkan lagi hubungan antara semua..........
setia bersama elektrik........jumpa lagi di lain waktu dan hari....haha,,,,,ceriakan harimu dengan senyuman........hidup akan sentiasa ceria.....

daaaaaaaaaaa

Tuesday, October 11, 2011

UJIAN KECERGASAN PEMILIHAN PESERTA EKSPLORASI GUNUNG KINABALU 2012

UJIAN KECERGASAN PEMILIHAN PESERTA EKSPLORASI GUNUNG KINABALU 2012
Category: Student Activity

Assalamualaikum (wbt) & Salam Sejahtera,

Para pelajar yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa satu ujian kecergasan akan diadakan bagi pemilihan peserta Eksplorasi Gunung Kinabalu 2012 sempena Ulang Tahun ke 10 Universiti Malaysia Pahang seperti butiran berikut :-

Tarikh : 11 - 13 Oktober 2011
Tempat : Kompleks Sukan
Masa : Mulai jam 5.00 petang hingga 7.00 malam
Pakaian : Sukan (lengkap)

Kepada saudara/i yang berminat sila hadirkan diri pada sesi ujian kecergasan ini. Sekiranya saudara/i gagal pada ujian hari pertama saudara/i boleh datang pada ketiga-tiga hari yang telah ditetapkan. Sila pastikan saudara/i membuat persediaan sebelum menghadiri ujian ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih





http://
Posted by ROZANA BTE SAHADAN, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
11 OCT 2011