Wednesday, February 20, 2013

Jom Solat Berjemaah


Photo credit to HPA Hamba Kembali
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=571007292924410&set=o.270399278613&type=1&relevant_count=1&ref=nf


AllahuAkhbar...AllahuAkhbar...
Kedengaran bunyi azan memanggil seluruh alam memecah kesunyian subuh. Tatkala itu  betapa ramainya  jiwa-jiwa terlantar enak dibuai tilam dan bantal nan empuk serta diulik kedingin pagi yang indah. Namun, tidak menghalang bagi mereka yang sedaya upaya berjalan, menuju ke rumah-rumah Allah , untuk bersolat bejemaah semata-mata untuk mencari keredhaan dan cinta Allah swt.

Penulis tidak meng'highlight'kan pada solat subuh berjemaah sahaja, malah solat secara berjemaah secara total 5 waktu sehari semalam perlu kita titik beratkan dan tidak memandang enteng.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita kurang mengambil berat tentang kepentingan solat berjemaah. Antara perkara-perkara yang sering disuarakan

"aku solat dalam bilik, tetap solat kan??..bukan berdosa pun aku xgi masjid"

"ala..sori la bro..gua kena kejar masa la..xsempat la nk gi masjid"

"Aku segan la weh, depa yang pi masjid semua muka-muka baik, pakai jubah pakai serban"

sememanglah tidak bedosa tidak datang ke masjid, tapi betapa ruginya kita memepersia-siakan "tawaran" baik dari Allah swt. Malangnya pada hari ini, masjid kita di UMP Pekan terletak begitu strategik di antara blok-blok kediaman. dan jaraknya saya kirakan tersangatlah dekat , malah turut disediakan perkhidmatan lif untuk bergerak naik ke atas, namun hairannya masih ada dalam kalangan kita tidak merasa bersalah tidak datang solat berjemaah. tidak perlu merasa malu atau segan untuk datang ke masjid. Sebab apa???...Sebab Allah sentiasa menjemput dan mengalu-alukan hamba-hambaNya untuk solat berjemaah.


Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.


Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.


melalui hadis ini, Rasulullah SAW menyarankan supaya lelaki buta tersebut datang ke masjid untuk solat berjemaah, Apatah lagi kita yang sempurna sifat, berkemampuan dan berupaya. Perlulah kita renung dan muhasabah sejenak. Selain mengikut sunnnah Rasullullah SAW, solat berjemaah adalah syi'ar kita untuk menunjukkan bahawa Islam ini merupakan agama yang membawa kedamaian, tersusun rapi, disiplin dan memberi contoh kepada orang lain. Malah, menunujukkan bahawa umat Islam sentiasa bersatu dalam menempuhi era modenisasi dunia yang serba canggih pada masa kini.


Seorang Jeneral Yahudi yang tersohor yang bernama Moshe Dayan pernah berkata:


"Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan yahudi selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama dengan bilangan mereka yang bersolat jumaat"



Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Perpaduan dan persaudaraan(ukhuwwah Islamiyyah) dapt dipupuk dalam kalangan Muslim itu sndiri.
Marilah kita berusaha menjadi lebih baik pada hari ini dan hari -hari seterusnya dan sentiasa berusaha untuk menjadi mahasisiwa yang bukan sahaja hebat di atas pentas akademik, malah hebat rohani dan jiwa mereka.Malah,bukan sahaja mengejar kejayaan mendapatkan dean's list atau First class degree, malah merebut peluang untuk menjadi hamba yang bertakwa, tawaduk dan sentiasa mendapat keredhaan Allah swt dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Wallahu a’lam.

Mantap akademik, Hebat rohani, kuat jasmani
"JOM BERJEMAAH DI MASJID"


EXCO DISIPLIN DAN PEMBAGUNAN INSAN
ELECTRICAL & ELECTRONICS ENGINEERING SOCIETY (EEES) 2012/2013
UNIVERITI MALAYSIA PAHANG (UMP)


Thursday, February 14, 2013

Valentine's Day



Assalamualaikum  warahmatullah dan salam sejahtera.

 Tidak lama lagi semester baru bagi sesi 2012/2013 akan bermula, maka bermulalah cabaran dan rintangan baru yang perlu ditempuhi dan diteruskan bagi mencapai dan menggapai kejayaan di dunia sekaligus mengejar kecemerlangan di akhirat sana. Maka, baki-baki terakhir cuti sebaik-baiknya kita manfaatkan dengan persediaan untuk melangkah ke semester yang baru ini…

Hari ini 14 Februari. Ada apa ya??.. banyak perkara yang dapat kita ungkapkan dengan tarkh ini. Pelbagai persepsi masyrakat berkenaan tarikh ini..
Namun, kebanyakkan remaja dan belia pada hari ini sudah sedia maklum bahawa 14 Februari adalah Hari Valentine atau Hari Kekasih. Hari yang diraikan bgi menunjukkan kesetiaan dan keteguhan cinta yang dibina di atas pelbagai platform sama ada melalui hubungan perkahwinan mahupun berpacaran.

Pembinaan cinta di atas platform “COUPLE” yang semakin hari semakin menular dalam masyarakat dan kehidupan para belia remaja masa kini menjadi “trend” dan ikutan sebagai satu cara untuk mengekspresikan perasaan saling mengasihi di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Secara tidak sedar, harga sebuah cinta yang sebegitu mahal disia-siakan dengan cinta murahan yang menjadi “Frisbee” untuk dikejar ke sana ke mari. Budaya “couple” adalah salah satu elemen yg mendekatkan diri kita kepad zina.

Firman Allah swt:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Allah swt melarang hamba-hambaNya daripada mendekati zina. Mendekatkan diri kepada zina sudah menjadi larangan, apatah lagi kalau berzina. Malangnya, pemuda pemudi Islam sendiri yang menjadi agen yang memeprhebatkan lagi promosi dan sambutan serta mengukuhkan lagi ‘tradisi’ couple dalam kalangan remaja pada hari ini.

Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang, malah Islam amat menggalakkan kasih sayang sesama makhluk. Fitrah manusia untuk berkasih sayang tidak mampu ditahan mahupun dibendung. Oleh sebab itulah dihalalkan seorang lelaki dan seorang perempuan bernikah. Bukan couple ok!!. Kadang kala ada yang salah anggap berkenaan bertunang. Sorry to say, bertunang bukanlah “tiket” menghalalkan segala-galanya. 

Hari valentine ini merupakan sambutan masyarakat Kristian dan HARAM bagi umat Islam menyambutnya walaupun secara suka-suka.

Hadis Rasulullah SAW:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dihukumnya masuk kaum tersebut."
 – Riwayat Abu Daud-

Kita sebagai seorang pemuda pemudi Islam perlu peka dan cakna berkenaan setiap perkara dan isu yang melibatkan masyarakat sekeliling dan isu-isu semasa di samping berusaha untuk menambah ilmu di dada sama ada ilmu akademik mahupun ilmu agama. Kebanyakkan dari kita terlalu menumpukan ilmu akademik sehinggakan kita mengabaikan ilmu-ilmu agama yang menjadi “pemandu” terhadap ilmu-ilmu dunia yang lain selain menjadi pembela kita di akhirat kelak. Impaknya, bukan sahaja melahirkan jurutera dan professional yang Berjaya, malah membentuk peribadi yang mempunyai sahsiah yang tinggi, professional dan beriman. 

Kesimpulannya, pemuda dan pemudi Islam haruslah sedar dan cakna perkara-perkara yang dibolehkan agama dan perkra yang dilarang di dalam agama. Keperluan kepada ilmu agama sangatlah penting untuk kit mengkaji dan membuat timbangan di antara yang mana baik dan yang mana buruk, bukannya mengikut sesuatu perkata secara membuta tuli tnapa mengetahui pro dan kontranya.

wassalam



beberapa link yang boleh dilawati:



EXCO DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN INSAN
ELECTRICAL AND ELECTRONIC ENGINEERING SOCIETY (EEES) 2012/2013
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)