|
Photo credit to HPA Hamba Kembali
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=571007292924410&set=o.270399278613&type=1&relevant_count=1&ref=nf
AllahuAkhbar...AllahuAkhbar...
Kedengaran bunyi azan memanggil seluruh alam memecah kesunyian subuh. Tatkala
itu betapa ramainya jiwa-jiwa terlantar enak dibuai tilam dan
bantal nan empuk serta diulik kedingin pagi yang indah. Namun, tidak
menghalang bagi mereka yang sedaya upaya berjalan, menuju ke rumah-rumah Allah
, untuk bersolat bejemaah semata-mata untuk mencari keredhaan dan cinta Allah
swt.
Penulis tidak meng'highlight'kan pada solat subuh berjemaah sahaja, malah
solat secara berjemaah secara total 5 waktu sehari semalam perlu kita titik
beratkan dan tidak memandang enteng.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita kurang mengambil berat tentang
kepentingan solat berjemaah. Antara perkara-perkara yang sering
disuarakan
"aku solat dalam bilik, tetap solat kan??..bukan berdosa pun aku xgi
masjid"
"ala..sori la bro..gua kena kejar masa la..xsempat la nk gi masjid"
"Aku segan la weh, depa yang pi masjid semua muka-muka baik, pakai jubah
pakai serban"
sememanglah tidak bedosa tidak datang ke masjid, tapi betapa ruginya kita
memepersia-siakan "tawaran" baik dari Allah swt. Malangnya pada
hari ini, masjid kita di UMP Pekan terletak begitu strategik di antara
blok-blok kediaman. dan jaraknya saya kirakan tersangatlah dekat , malah
turut disediakan perkhidmatan lif untuk bergerak naik ke atas, namun
hairannya masih ada dalam kalangan kita tidak merasa bersalah tidak datang
solat berjemaah. tidak perlu merasa malu atau segan untuk datang ke masjid.
Sebab apa???...Sebab Allah sentiasa menjemput dan mengalu-alukan
hamba-hambaNya untuk solat berjemaah.
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.
|
melalui hadis ini, Rasulullah SAW menyarankan supaya
lelaki buta tersebut datang ke masjid untuk solat berjemaah, Apatah lagi kita
yang sempurna sifat, berkemampuan dan berupaya. Perlulah kita renung dan
muhasabah sejenak. Selain mengikut sunnnah Rasullullah SAW, solat
berjemaah adalah syi'ar kita untuk menunjukkan bahawa Islam ini merupakan agama
yang membawa kedamaian, tersusun rapi, disiplin dan memberi contoh kepada orang
lain. Malah, menunujukkan bahawa umat Islam sentiasa bersatu dalam menempuhi
era modenisasi dunia yang serba canggih pada masa kini.
Seorang Jeneral Yahudi yang tersohor yang bernama Moshe
Dayan pernah berkata:
"Jangan harap umat Islam akan dapat mengalahkan yahudi
selagi mana bilangan orang Islam yang bersolat Subuh di masjid-masjid sama
dengan bilangan mereka yang bersolat jumaat"
Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat
solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda
Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebenarnya fadhilat solat berjemaah
adalah bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar. Orang yang
bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan
mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi semasa dia berulang
alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid. Perpaduan dan
persaudaraan(ukhuwwah Islamiyyah) dapt dipupuk dalam kalangan Muslim itu
sndiri.
Marilah kita berusaha menjadi lebih baik pada hari ini
dan hari -hari seterusnya dan sentiasa berusaha untuk menjadi mahasisiwa yang
bukan sahaja hebat di atas pentas akademik, malah hebat rohani dan jiwa
mereka.Malah,bukan sahaja mengejar kejayaan mendapatkan dean's list atau First
class degree, malah merebut peluang untuk menjadi hamba yang bertakwa, tawaduk
dan sentiasa mendapat keredhaan Allah swt dalam setiap perkara yang kita
lakukan.
Wallahu a’lam.
Mantap
akademik, Hebat rohani, kuat jasmani
"JOM
BERJEMAAH DI MASJID"
|
EXCO DISIPLIN DAN PEMBAGUNAN INSAN
ELECTRICAL & ELECTRONICS ENGINEERING SOCIETY (EEES) 2012/2013
UNIVERITI MALAYSIA PAHANG (UMP)
No comments:
Post a Comment