Thursday, February 14, 2013

Valentine's Day



Assalamualaikum  warahmatullah dan salam sejahtera.

 Tidak lama lagi semester baru bagi sesi 2012/2013 akan bermula, maka bermulalah cabaran dan rintangan baru yang perlu ditempuhi dan diteruskan bagi mencapai dan menggapai kejayaan di dunia sekaligus mengejar kecemerlangan di akhirat sana. Maka, baki-baki terakhir cuti sebaik-baiknya kita manfaatkan dengan persediaan untuk melangkah ke semester yang baru ini…

Hari ini 14 Februari. Ada apa ya??.. banyak perkara yang dapat kita ungkapkan dengan tarkh ini. Pelbagai persepsi masyrakat berkenaan tarikh ini..
Namun, kebanyakkan remaja dan belia pada hari ini sudah sedia maklum bahawa 14 Februari adalah Hari Valentine atau Hari Kekasih. Hari yang diraikan bgi menunjukkan kesetiaan dan keteguhan cinta yang dibina di atas pelbagai platform sama ada melalui hubungan perkahwinan mahupun berpacaran.

Pembinaan cinta di atas platform “COUPLE” yang semakin hari semakin menular dalam masyarakat dan kehidupan para belia remaja masa kini menjadi “trend” dan ikutan sebagai satu cara untuk mengekspresikan perasaan saling mengasihi di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Secara tidak sedar, harga sebuah cinta yang sebegitu mahal disia-siakan dengan cinta murahan yang menjadi “Frisbee” untuk dikejar ke sana ke mari. Budaya “couple” adalah salah satu elemen yg mendekatkan diri kita kepad zina.

Firman Allah swt:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Allah swt melarang hamba-hambaNya daripada mendekati zina. Mendekatkan diri kepada zina sudah menjadi larangan, apatah lagi kalau berzina. Malangnya, pemuda pemudi Islam sendiri yang menjadi agen yang memeprhebatkan lagi promosi dan sambutan serta mengukuhkan lagi ‘tradisi’ couple dalam kalangan remaja pada hari ini.

Islam tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang, malah Islam amat menggalakkan kasih sayang sesama makhluk. Fitrah manusia untuk berkasih sayang tidak mampu ditahan mahupun dibendung. Oleh sebab itulah dihalalkan seorang lelaki dan seorang perempuan bernikah. Bukan couple ok!!. Kadang kala ada yang salah anggap berkenaan bertunang. Sorry to say, bertunang bukanlah “tiket” menghalalkan segala-galanya. 

Hari valentine ini merupakan sambutan masyarakat Kristian dan HARAM bagi umat Islam menyambutnya walaupun secara suka-suka.

Hadis Rasulullah SAW:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dihukumnya masuk kaum tersebut."
 – Riwayat Abu Daud-

Kita sebagai seorang pemuda pemudi Islam perlu peka dan cakna berkenaan setiap perkara dan isu yang melibatkan masyarakat sekeliling dan isu-isu semasa di samping berusaha untuk menambah ilmu di dada sama ada ilmu akademik mahupun ilmu agama. Kebanyakkan dari kita terlalu menumpukan ilmu akademik sehinggakan kita mengabaikan ilmu-ilmu agama yang menjadi “pemandu” terhadap ilmu-ilmu dunia yang lain selain menjadi pembela kita di akhirat kelak. Impaknya, bukan sahaja melahirkan jurutera dan professional yang Berjaya, malah membentuk peribadi yang mempunyai sahsiah yang tinggi, professional dan beriman. 

Kesimpulannya, pemuda dan pemudi Islam haruslah sedar dan cakna perkara-perkara yang dibolehkan agama dan perkra yang dilarang di dalam agama. Keperluan kepada ilmu agama sangatlah penting untuk kit mengkaji dan membuat timbangan di antara yang mana baik dan yang mana buruk, bukannya mengikut sesuatu perkata secara membuta tuli tnapa mengetahui pro dan kontranya.

wassalam



beberapa link yang boleh dilawati:



EXCO DISIPLIN DAN PEMBANGUNAN INSAN
ELECTRICAL AND ELECTRONIC ENGINEERING SOCIETY (EEES) 2012/2013
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)


No comments: