Thursday, September 19, 2013

Permasalahan Jaket Fakulti Sesi 2010/2011




Ingat akan resit ni?Anda terlibat dengan permasalahan ni?Post ini untuk anda~
Kredit gambar : Leong Wen Chek



update sehingga 19 Septermber 2013

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,


Mungkin ada dikalangan anda semua sudah maklum,atas pertemuan demi pertemuan yang telah diadakan
sebelum ini demi untuk menyelesaikan permasalahan jaket fakulti.

Pada pertemuan akhir,telah juga kami maklumkan bahawa pihak EEES pada sesi kami,iaitu sesi 2009/2010
dan bersama-sama sesi yg baharu telah mengadakan pertemuan dikalangan kami dan kata sepakat bersetuju
bahawa kami akan memperdahulukan duit kami masing untung membayar RM50 anda semua.

Seperti yang telah juga kami maklumkan pada pertemuan yang akhir,kami memerlukan tempoh utk mengumpul wang yang secukupnya dan pembayaran adalah sekaligus kpd semua pelajar yg terlibat dgn permasalanan jaket ini. Sesiapa yg terlibat jangan risau,kami akan langsaikan hutang2 kami.Macam mana kami nak langsaikan hutang-hutang PTPTN,macam itulah kami nak langsaikan hutang terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dalam permasalahan jaket ini.Bahkan kami akan utamakan hutang kami dengan kalian terlebih dahulu.

Pihak kami,lebih-lebih lagi kami selaku mantan tidak pernah lupa akan permasalahan ini. Mungkin kurangnya update membuatkan pihak kalian ingat kami tidak ambil kisah.Tapi di pihak kami pengumpulan wang telahpun dilaksanakan.

Dalam pertemuan akhir yang lalu juga,telah kami maklumkan kpd semua pelajar yg terlibat kemungkinan
akan mendapat bayaran deposit mereka sebanyak RM50 sebelum kalian graduasi (untuk direct entry mungkin tak sempat la kot) dan pihak EEES akan memberikan link form utk di isi maklumat akaun bank.Disini saya sertakan link http://bit.ly/rm50form Tolong maklumkan dan sampai-sampaikan kpd rakan2 yg terlibat sama.

Target pihak kami untuk kumpul wang secukupnya adalah sebelum April 2014,bagaimanapun samada kami dpt kumpulkan wang secukupnya atau tidak, akan dimaklumkan kembali.Harap-harapnya kami dpt kumpul secukupnya by April 2014.Kalau tidak cukup,tempoh mungkin akan terpaksa dilanjutkan. Apa-apapun sebarang info kami akan maklumkan dalam group EEES UMP ataupun blog EEES insya'Allah (if God will).

Sekali lagi diingatkan,kami harapkan pelajar yg terlibat akan permasalan ini dpt isi form (http://bit.ly/rm50form) . Sekiranya terdapat masalah pada link atau lain2 soalan yg nak tanya boleh direct pm fb (Faris Kokoro).

Akhir kata,sekali lagi kami meminta maaf akan permasalahan yg berlaku ini.Kami sebagai student juga tahu besarnya nilai RM50 itu dan pihak kami sudah semestinya mengambil iktibar dan pengajaran atas perkara yg berlaku ini.Alhamdulillah,sesi ukur jaket pada sesi seterusnya tidak mengalami sebarang masalah.Kalau ada kelewatan pun,itu perkara biasa disebabkan order yg banyak.Apa-apapun, semoga perkara ini tidak terjadi lagi pada sesi2 manapun lagi.

Sekian sahaja makluman untuk kali ini.Mohon fowardkan post ini kepada yang terlibat.


Muhammad Faris Bin Hassin
Mantan Pengerusi EEES UMP Sesi 2009/2010
Contact: 0132004157

No comments: